08 September 2009

122

Salam everyone.
Dah lama tak tulis blog,sebab tibe-tibe rasa blog sendiri menyusahkan. Lagi best bile tengok blog orang lain. Tak pun tengok blogshop. Semuanya ade RAMADHAN SALE. Tudung pashmina lah, colourful cardigan lah, cute tunics lah. Sakit mata dah hari-hari tenung computer, window shopping kat worlds of online shopping. Sebab geram sangat beli jugak lah satu beg. Satu je. Serius satu. Dari Perancis lagi. Kalau sampai minggu depan baru post gambar kat sini.

Duduk BINGEN seronok. Tiap hari buka puasa makan hebat. Kelmarin masak meehun sup. Nasib baik ada sup bunjut, kalau tak, tak tahu lah rasa apa. Pastu dalam hati rindu nya sangat sangat kat Soto ayam mak. Aduhai. Semalam house warming, masak bertungkus-lumus sebab jemput senior-senior makan. Sebagai tanda terima kasih tolong kami masuk rumah :D

Tak payah lah cerita pasal rumah baru, nanti takut orang kata berlagak sebab rumah luas. Tapi memang luas, kadang-kadang rasa malas nak ambil air minum kat dapur. Kene jalan tu memang malas. Lagi-lagi kalau dah baring atas katil dengan bantal baru IKEA. Hehe. Tapi kawan-kawan
kalau nak datang sila lah. Boleh buka puasa sama-sama dengan kami. Ambil bas no 2 dari Bingen Hauptbahnhof sampai Haltestelle Fachhochschule. Sebelum datang call ye.

Lepas Tarawikh tadi layan tengok Pencarian Gadis Melayu sambil makan kek batik frozen. Semua orang tak puas hati kenapa gadis melayu kene pandai menyanyi, berlakon atau mengacara. Tak puas hati weh. Tapi takpe lah, kalau Kak Qilah masuk saya tetap sokong 200%. Mesti menang punye. Nanti orang rumah bawah depan tangga mesti bangga. Haha.


Nasi Goreng Paprika. Lauk berbuka 27Ogos lepas. Masak sendiri sebab segan dah asyik tumpang makan rumah orang.
Minum air ACTIVE tu mesti teringat TJ. Rindu rindu.


* Bila nak buat VISA ni? Malas nak bangun pagi.
* Tadi tulis ucapan raya kat poskad untuk mak abah kat Batu Pahat. Rasa sayu pertama kali beraya jauh dari keluarga :(
* 122 maksud nya pukul 1:22 pagi waktu Bingen. Baru habis sahur Cookie Crisp. Lepas ni nak tido. Goodnite people.

5 comments:

Anonymous said...

sedap mkn kat bingen?

err cukup 2 3 sem nanti grow sideways..

been there,done that... haha

Anonymous said...

ahahaha.. akak masuk??? memang time isi borang kat kaunter luar tuh, orang dah suruh balik.. but i think, korang lagi layak.. masih lagi banyak ciri2 gadis melayu. go..go.. tapi nanti klau masuk, ada juri cam mamat "u know who" (hahaa.. cam herry porter plak! ;)) hempas jek pintu tuh kuat2 lagi.. kui kui kui.. geram2!!
Selamat berbuka!! =) and thanks jugak, makan2 harituh.. meletops semuanya..

Anonymous said...

bestnye rumah besar!hehe
syahdu je lagu blog ko ni..tsk..tsk..
selamat puase! ;)

Azwa Laila said...

anynomous#1
alaa,takpe lah grow sideways pun.asal senang hati.haha.

kak Qilah
takpe kak qilah,saya tetap sokong :)

akmal
tapi rumah malaysia lagi best ada family semua :D
tak syahdu lah,gembira nak raya!
salam ramadhan juga LULU.

Anonymous said...

TJ suka minum ACTIVE ke?